Melaka Tengah, 12 Disember 2019 - Sempena lawatan rasmi YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly bin Zahari ke DUN Paya Rumput, satu sesi senamrobik dan jalan santai telah dianjurkan bertempat di Taman 1 Krubong, Melaka.

Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah membantu menjayakan program tersebut dengan mengkoordinasi 1x instruktur kecergasan senamrobik. Selain itu juga pihak Jabatan telah menghantar penyertaan seramai 4 x pegawai ke program tersebut diketuai oleh Encik Yan Mohd Nor Alif bin Mohamad Noh, Penolong Pengarah (Sukan), serta Puan Norazlin Binti Sarun selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.