MELAKA TENGAH, 10 JUN 2019 – PBSD Melaka Tengah telah menerima kedatangan pegawai baru iaitu Puan Norazlin bte Sarun sebagai Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan Pengurus Y-Centre KBS UTC Melaka bagi menggantikan Encik Yan Mohd Nor Alif Bin Mohamad Noh yang telah bertukar ke JBS Negeri Melaka. Beliau sebelum ini berkhidmat Politeknik Merlimau, Melaka. Warga PBSD Melaka Tengah mengucapkan selamat datang kepada beliau dan semoga meneruskan kecemerlangan di pejabat ini.