MELAKA, 14 Mei 2022 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, melalui seluruh Pejabat Belia dan Sukan Daerah telah berjaya menganjurkan Kejohanan Badminton Malaysia Sports League Peringkat Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin secara serentak di seluruh Negeri.
*
Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian di Daerah Melaka Tengah, 11 pasukan di Daerah Alor Gajah dan 8 pasukan di Daerah Jasin. Perlawanan telah dimulakan seawal jam 8.30 pagi di Kompleks Sukan Krubong bagi Daerah Melaka Tengah, manakala Daerah Alor Gajah di Kompleks Sukan Masjid Tanah dan Dewan Serbaguna Taman Maju untuk Daerah Jasin.
*
Majlis perasmian kejohanan di setiap Daerah telah disempurnakan oleh Encik Ismanizam Bin Ismail, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah di KSK Krubong, manakala di KSMT pula telah dirasmikan oleh Tuan Saiful Hazwa Bin Kipli, Pegawai Daerah Alor Gajah. Di Dewan Serbaguna Taman Maju, Jasin majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Rahizi Bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin.
*
Johan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000 beserta pingat telah berjaya dirangkul oleh pasukan TMJ di Daerah Melaka Tengah, Pasukan AGBC di Daerah Alor Gajah manakala Johan Daerah Jasin ialah Pasukan Success BA. Pasukan Newbie @ Warrior A, Pasukan JEFF BC dan Pasukan MURC masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM700 selaku Naib Johan masing-masing bagi Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
*
Tempat ketiga bersama pula dirangkul oleh Pasukan UTEM B dan MPHTJ (Daerah Melaka Tengah), Pasukan CCRC dan AGriantz (Daerah Alor Gajah) serta Pasukan 9000 dan Pasukan Misdec 1 (Daerah Jasin) masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500.
*
Untuk makluman, Johan dan naib johan akan mewakili daerah masing-masing untuk berentap di Kejohanan Badminton MSL Peringkat Negeri Melaka yang dijangka berlangsung pada bulan Jun kelak.

#BAHAGIANSUKAN