RAKAN MUDA LIVE 01

Ayer Keroh, 27 Mei 2022- Program Rakan Muda Live! Peringkat Negeri Melaka 2022 telah berlangsung secara dalam talian dengan mengetengahkan panel-panel yang popular dalam aktiviti kesukarelaan antaranya bekas atlet negara, personaliti Tv, penceramah motivasi dan jurulatih squash remaja Cik Sharon Wee Ee Lin dan Aktivis Kesukarelawan Encik Azwan Bin Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Viva. Program dimulai dengan ucaptama oleh YBhg. Tuan Khairul Adri Bin Dato' Rosli, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
.
Topik yang dikupas oleh panel pastinya tentang kesukarelawan. Seramai 275 peserta menonton secara langsung melalui platform Facebook Jabatan dan 30 orang melalui aplikasi zoom.
.
Perkongsian dan pengalaman daripada panel-panel diharap dapat menaikan semangat para belia di Malaysia amnya dan Melaka khususnya dalam melakukan aktiviti kesukarelawan dengan seikhlas hati tanpa mengharap ganjaran.

#bahagianrakanmuda