Kota Melaka,2 Julai 2022- Telah berlangsung Program Pengupayaan Sekretariat Rakan Muda IPT (SRM) Kolej Antarabangsa Putra pada 2 Julai 2022, bertempat di Taman Rempah, Melaka. Program ini merupakan program berbentuk aktiviti kesukarelawanan dalam usaha menjaga ekosistem sungai Melaka yang terkenal dengan aktiviti perlancongan.
.
Bantuan Pengupayaan SRM IPT turut dapat membantu memberi impak kepada masyarakat melalui aktiviti yang dilaksanakan di komuniti berkenaan. Kolej Antarabangsa Putra mendapat sokongan selain daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, program ini turut disokong dan mendapat kerjasama oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka. Para peserta dibahagiakan kepada 2 kumpulan yang mana mereka akan melakukan aktiviti pembersihan di daratan & diatas permukaan air sungai.
.
Encik Khairul Adri Bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka turut bersama-sama dengan peserta melakukan kerja-kerja pembersihan dipermukaan air sungai sebagai menyokong usaha murni SRM Kolej Antarabangsa Putra melaksanakan dan menjayakan program ini.

#BAHAGIANPEMBANGUNANRAKANMUDA