MELAKA,  23 Januari 2022 – Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2022 yang bakal menjelang, Gerakan Belia Bersatu (GBBM) Negeri Melaka melaksanakan program, Khidmat Bakti Masyarakat GBBM Melaka yang diketuai oleh pengerusinya saudara Tee Yong Siang bersama Nicholas Lee dan Ong Boon Ping. Program ini menyediakan sumbangan sebanyak 15 set angpau dan kotak honey lokam (Limau Mandarin) kepada 15 buah keluarga kaum Cina yang memerlukan di sekitar kawasan Rumah Pangsa Bukit Piatu. Fokus utama program agihan sumbangan ini adalah kepada warga emas yang tinggal keseorangan, warga OKU dan ibu tunggal. GBBM Negeri Melaka berharap semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mereka serta dapat menikmati kegembiraan menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. Disediakan oleh: Jalma Annas, Bahagian Pembangunan Belia JBSNM