INTERVENSI SOSIAL

AYER KEROH, 19 Mei 2022 - Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka melalui Unit Pembangunan Sosial baru-baru ini telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Intervensi Sosial dalam usaha memberi penerangan yang lebih mendalam mengenai pelaksanaan program tersebut. Mesyuarat yang dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah bersama Pegawai Belia Daerah dari daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JBS Negeri Melaka, Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin manakala taklimat program telah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Sosial, Mohd Azizul Hanafi.
.
Program Intervensi Sosial merupakan inisiatif oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam usaha untuk membantu mengurangkan keterlibatan belia dalam isu serta permasalahan sosial melalui penerapan amalan nilai murni, melibatkan belia sebagai agen dalam membantu mencegah gejala sosial dalam masyarakat dan menggalakkan para belia untuk berpesatuan.
.
Program ini yang dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi tidak hanya melibatkan kerjasama dengan pertubuhan belia malah akan turut melibatkan kolaborasi dengan agensi-agensi lain yang berkaitan.

#BAHAGIANBELIA