14 November 2019 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Sekolah Tunas Bakti telah melaksanakan Program Inspirasi Anak Muda ( I AM) bermula 11 Oktober sehingga 14 November 2019. Sebanyak 8 sesi telah dapat dilaksanakan oleh 4 orang peserta tersebut.

 

Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Tunas Bakti Puan Norhayati binti Zaman, turut hadir Puan Faizah binti Fauzi mewakili Pegawai Rakan Muda JBSNM dan Puan Morni binti Ibrahim mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.

 

Program ini dilaksanakan bagi memastikan belia sentiasa ke arah kecemerlangan dan berwawasan. Program ini juga member peluang kepada peserta menonjolkan bakat masing- masing berdasarkan modul yang telah disediakan.