AYER KEROH, Melaka 14 Mac 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka melalui Unit Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia telah mengadakan sesi Pre-Council Pelaksanaan Dun Belia Negeri Melaka Sesi 2022/2024 di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Melaka. Sesi ini dipengerusikan oleh EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka; YB Tuan VP Shanmugam A/L Pitchay. DUN Belia Negeri Melaka adalah perancangan pembangunan belia yang komprehensif. Matlamat penubuhan Dun Belia Melaka adalah untuk melahirkan belia Negeri Melaka yang bersepadu sari segi intelektual dan fizikalnya berilmu, spiritual, psikologikal, berbudaya, berdikari dan bersemangat sukarela berteraskan kepada Prinsip Rukun Negara. Turut hadir dalam sesi ini adalah Timbalan Pengarah JBS Negeri Melaka; YBrs Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin bersama Encik Mohd Azizul Bin Hanafi dan Puan Erma Hambali.

Disediakan oleh: Jalma Binti Annas, Bahagian Pembangunan Belia JBSNM