MERLIMAU, 19 Januari 2019 - Kejohanan Ragbi Poly 10's 2020 telah melabuhkan tirainya selepas 53 pasukan beraksi dalam kategori masing-masing yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 18 Januari 2020.

Pada edisi kali ini, Politeknik Merlimau telah meraih kemenangan berganda apabila dinobatkan selaku juara kategori Politeknik dan naib juara bagi kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Selain itu, Pasukan Politeknik Unicorn menjuarai kategori Wanita selepas menewaskan cabaran pihak Universitas Negeri Jakarta (UNJ).