MASJID TANAH, 11 Jun 2022 - Siri kelima (5) Let'Get Fit Negeri Melaka 2022 diteruskan lagi. Kali ini peluh lebih 50 orang peserta bercampur dengan air hujan apabila aktiviti senamrobik petang tadi diiringi dengan suasana hujan kadang renyai dan bersilih ganti lebat yang turun seawal jam 5 petang.
*
Para peserta pada kali ini memang sangat luar biasa kerana tetap bersemangat dan mahu meneruskan sesi senamrobik walaupun mereka berlenjun dibasahi hujan yang turun.
*
Seperti kebiasaannya pada siri sebelumnya para peserta terus kekal bersemangat mengikut tempo dan gerak langkah bimbingan instruktor Cik Su dan krew dari Kelab My Fit Joy. Let's Get Fit Negeri Melaka Siri 5 ini telah berlangsung di perkarangan Dewan Tun Syed Ahmad Al-Haj, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah, Melaka. Turut hadir, Pegawai Kecergasan Nasional JBS Melaka; Zamzul Qamar Mohd Jamil.

#BAHAGIANSUKAN