MELAKA, 4 MEI 2019–Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan Kolej Cosmopoint Melaka, MiCOST, Kolej Antarabangsa Putra dan SMK Tun Mutahir telah melaksanakan gotong royong membersihkan Masjid Al-Abrar Semabok dan Tanah Perkuburan Islam Semabok. Seramai lebih kurang 70 peserta telah mengambil bahangian melibatkan Pemimpin dan peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) Daerah Melaka Tengah.
Turut hadir Pengerusi Masjid Hj. Kadir bin Hj Zainal , AJK Masjis Al-Abrar serta penduduk Kampung yang turur membantu. Program ini diharap akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim, sifat kerjasama, bantu membantu, Kesukarelaan dikalangan masyarakat. Pihak Masjid turut menyumbang makanan untuk semua sukarelawan yang bertugas.

Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim , Bahagian Rakan Muda PBSD Melaka Tengah.