AYER KEROH, 8 Mac –  Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah tidak ketinggalan dalam menyertai Pertandingan Persahabatan Tenpin Boling Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT Zon Melaka yang bertempat di Malacca International Bowling Centre (MIBC). Pasukan SRM Kolej Antarabangsa Putra telah Berjaya memenangi pertandingan ini yang mana disertai hampir 20 pasukan. Pasukan PBSD Alor Gajah dianggotai oleh Encik Zamzul Qamar Bin Hj. Mohd Jamil, Encik Mohd Aziz Bin Abu Bakar, Encik Zainorizan Bin Ehwan dan Puan Hasnuren Binti Mohd Huzali. Gimik permulaan perlawanan telah disempurnakan oleh Encik Azmee Amar Azwan Bin Mostapa, Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.