Alor Gajah, Melaka 27 November 2019 - Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan melibatkan pasukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka menentang pasukan 73 Woksyop Divisyen bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Lendu. Perlawanan ini diadakan bertujuan memupuk gaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan warga jabatan serta memperluas hubungan pelbagai agensi kerajaan dalam Negeri Melaka.

Perlawanan berlangsung menarik dengan aksi berbalas jaringan di antara kedua-dua pasukan. Hadir sama menyaksikan perlawanan ini YBhg. Encik Noorman bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Pasukan telah diketuai Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Timbalan Pengarah (Belia) dan dibantu Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa, Penolong Pengarah (Rakan Muda), serta Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah selaku koordinator pasukan.

Perlawanan ini berkesudahan dengan kemenangan bergaya pasukan 73 Woksyop Divisyen mengatasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, 6-3. Sesungguhnya penganjuran program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk manfaat bersama. Pihak Jabatan juga mengalu-alukan mana-mana pasukan untuk sesi perlawanan persahabatan sebegini.