Masjid Tanah, 31 Mei 2022- Menerima Kunjung Hormat daripada Persatuan Pengakap Masjid Tanah yang diwakili oleh Encik Muhammadin bin Janudin, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka merangkap Timbalan Pengerusi Sekretariat Pengakap Laut Negeri Melaka. Turut hadir sama, Encik Noor Azmi bin Ujang,Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka (Latihan) merangkap Pengerusi Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan.
Perjumpaan ini lebih menfokus kepada Taklimat Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda untuk penglibatan lebih ramai lagi penyertaan dikalangan Ahli Pengakap di Parlimen Masjid Tanah khususnya.
ARP adalah program yang diadaptasi dari The Duke of Edinburgh’s International Award dan merupakan program pembangunan karakter belia tanpa mengira latar belakang termasuk golongan belia NEET (Not in Education, Employment and Training).
ARP juga adalah sebagai landasan pemupukan minat, penggilapan bakat & penyerlahan potensi diri belia berumur 15 hingga 25 tahun.
Memfokuskan kepada pembangunan potensi dan pembentukan karektor remaja serta pembangunan dan pengurusan sukarelawan dari peringkat akar umbi.

#PBSDAG