AYER KEROH, 7 Januari - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mengadakan sesi perbincangan dan lawatan tapak Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Melaka 2019 di Kolej Yayasan Saad Melaka. Cadangan tarikh majlis ini akan diadakan pada 6 Februari 2020 di Dewan Besar, Kolej Yayasan Saad Melaka melibatkan 600 penerima anugerah daripada 3 Daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Tuan Kerk Chee Yee, Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir ke sesi perbincangan ini adalah Encik Azmi Bin Mohamad, Pemimpin Badan Operasi ARP Kolej Yayasan Saad Melaka.