BUKIT SERINDIT, 28 Mei 2022- Let'Get Fit Negeri Melaka Siri 2 berlangsung dengan penuh semangat dan keterujaan. Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Melaka melalui Unit Kecergasan Nasional dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Daerah Melaka Tengah (AROFIT) telah mengadakan sesi senamrobik secara terbuka bertempat di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka.
*
Pada sesi ini hampir lebih 50 orang awam dari pelbagai latarbelakang dan umur yang mengunjungi taman awam tersebut telah menyertai dan memeriahkan lagi sesi pecah lemak raya pada kali ini. Untuk makluman semua, Program Let's Get Fit akan diadakan secara bersiri dan dilokasi serta daerah yang berbeza selama 10 siri.
*
Sesi petang bagi siri kedua ini telah dibimbing oleh instruktur yang bertauliah dari AROFIT; Saudari Nur Izzatie Nordin. Di akhir sesi program, Saudari Norlela Musa dan Saudara Muhamad Saiful Bahrin menjadi peserta bertuah yang telah dipilih untuk memenangi hadiah misteri yang disediakan pihak penganjur. Turut hadir, Pegawai Kecergasan Nasional, JBS Melaka; Zamzul Qamar Mohd Jamil.

#BAHAGIANSUKAN