AYER KEROH, 19 Mac 2022 - Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka 2022 yang bermula pada hari ini dengan kategori individu diteruskan bagi sesi penilaian bagi kategori individu lelaki dan wanita.
.
Seramai 5 calon lelaki dan 2 calon wanita dinilai oleh 3 panel berpengalaman iaitu Pengarah Pusat Sumber dan Teknologi Pengajaran Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa
Kampus Teknologi; YBhg DR. Zulisman Maksom bertindak sebagai Ketua Panel dan dibantu oleh YBhg Datuk Shadan Othman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Puan Naziah Ramli; Pegawai Sekretariat Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Sesi Penilaian berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
.
Bagi daerah Jasin, harapan disandarkan kepada calon individu lelaki iaitu  Pengerusi KBBT Negeri Melaka merangkap Pengerusi KBBT Merlimau, Gobindaran Aru Chunan dan Exco MAYC Negeri Melaka merangkap Serikandi MAYC Kawasan Jasin; Asmah Sulaiman mewakili bagi calon individu wanita. Hadir sama memberi semangat, Penolong Pegawai Belia dan sukan Daerah Jasin; Muhammad Mohsien Jamaluddin.