LENDU, 9 Mac –  Syahbas dan tahniah diucapkan kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang (4B PASE) atas pencalonan untuk Kategori Pertubuhan dari Daerah Alor Gajah sempena Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Tahun 2020. Sebagai sebuah pertubuhan belia yang aktif di peringkat Daerah Alor Gajah, pencalonan 4B PASE bukanlah sesuatu yang baharu malah cukup sinonim pada setiap kali penganjuran APBN Negeri Melaka diadakan. Borang pencalonan telah diserahkan ke Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah petang tadi oleh Saudara Muhammad Firdaus Bin Johari, Pengerusi 4B PASE. Selamat maju jaya diucapkan.