ALOR GAJAH, 22 Januari –  Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah di atas penarafan 3 Bintang daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah komited dalam pelaksanaan program dan juga penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang wajib dihantar setiap tahun kepada pihak ROY.  Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia merupakan satu kaedah pengukuran tahap keaktifan sesebuah pertubuhan belia berasaskan kepada penghantaran MYKD dan penilaian lanjutan ke atas kriteria-kriteria tambahan yang telah ditetapkan ROY. Syahbas dan tahniah diucapkan kepada Saudara Mohd. Zaidi Bin Tahir selaku Pengerusi MGBD Alor Gajah serta Ahli Jawatankuasanya di atas pencapaian ini dan diharapkan terus berusaha untuk mendapatkan penarafan sehingga 5 Bintang.