BUKIT JALIL, 9 Mac 2022 - Seramai tujuh (7) orang atlet telah mewakili negeri Melaka ke Kejohanan Sirkit 1 Kebangsaan Para Renang 2022 MSN/MAS/MILO yang berlangsung pada 8 hingga 10 Mac 2022 bertempat di Pusat Akuatik National, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pada hari ketiga berlangsungnya kejohanan, pasukan Melaka telah mendapat satu (1) pingat perak bagi acara 100m kuak kupu-kupu dan satu (1) pingat gangsa bagi acara 100m kuak dada.

Pemantauan ini telah dilaksanakan oleh Puan Masitah binti Ab Wahab, Pegawai Pembangunan Sukan OKU dan Encik Nik Ahmad Saifullah bin Ahmad Husni, Pembantu Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakam ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua atlet serta jurulatih/penggerak para renang Negeri Melaka yang terlibat di dalam kejohanan tersebut.