KG PANDAN, 10 Mac 2022 - Pasukan para ping pong negeri Melaka telah menghantar kontijen ke Kejohanan Sirkit 1 Para Ping Pong MILO/TTAM 2022 yang berlangsung bermula 8 hingga 12 Mac 2022 bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg. Pandan, Kuala Lumpur.

Seramai enam (6) orang atlet serta seorang penggerak dan pengurus telah mewakili negeri Melaka ke kejohanan tersebut. Pencapaian bagi kelas TT11 kategori Junior, Mohd Adil Fitri bin Mohd Rais telah meraih satu (1) pingat  perak dan Muhammad Haris bin Hishamudin satu (1) pingat gangsa. Manakala untuk kelas TT10, Ismail bin Hassan dijangka akan ke peringkat akhir.

Kejohanan yang berlangsung selama lima (5) hari ini merupakan medan menguji tahap pencapaian dan menggalakkan atlet supaya yakin dengan kemampuan mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan yang disertainya.

Pegawai pemantau yang terdiri daripada Pn. Masitah binti Ab Wahab, Pegawai Pembangunan Sukan OKU dan En. Nik Ahmad Saifullah bin Ahmad Husni, Pembantu Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Tahniah dan terima kasih kepada semua atlet serta penggerak para ping pong negeri Melaka yang terlibat di dalam kejohanan tersebut. Semoga sukan para ping pong negeri Melaka terus maju.