JASIN, 14 Mei 2022 - Kejohanan Badminton Malaysia Sport League (MSL 2022) Peringkat Daerah Jasin sedang berlangsung seawal jam 8.00 pagi tadi. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Rahizi Ranum, Pegawai Daerah Jasin dengan gimik perasmian Servis Mula.Turut hadir sama ialah Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali dan Ketua Pengadil Persatuan Negeri Melaka, Bong Chong Peng.
.
Sebanyak 8 pasukan berentap bagi merebut kejuaraan di peringkat daerah Jasin yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM2,300. Johan dan Naib Johan akan mewakili daerah Jasin ke peringkat Negeri Melaka.