CDERT JASIN 01

MERLIMAU, 21 Mei 2022 - Rancangan penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Jasin secara usahasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jasin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jasin, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jasin dan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Jasin terus diberi perhatian untuk direalisasikan dalam tempoh terdekat.
.
Tengah hari tadi, satu perjumpaan telah diadakan di Kafe Secret Recipe dekat sini untuk menyelaras gerak kerja bagi pewujudan pasukan tersebut terutamanya dari segi penyertaan ahli-ahli MAYC Kawasan Jasin yang akan menjadi tonggak utama pasukan tersebut.
.
Antara yang hadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali; Pegawai Belia Daerah Jasin, Muhammad Mohsien Jamaluddin; Pegawai Rakan Muda Daerah Jasin, Mohd Afiq Mazly; Pegawai Pasukan APM Daerah Jasin, Leftenan Muda (PA) Ahmad Iswadi Ishak; Pengerusi MAYC Kawasan Jasin, Mohd Shaffie Mohd Saat dan Setiausaha Kehormat MAYC Kawasan Jasin, Banin Mohd Yusop.
.
Penubuhan CDERT Keluarga Malaysia ini adalah selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membentuk rakyat dan komuniti yang siap siaga bersama agensi terlibat dalam berdepan dengan bencana alam serta musim tengkujuh.
.
Dalam pertemuan itu juga, Nurul Haida turut menyentuh dan mendapatkan maklum balas mengenai status Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) persatuan-persatuan belia yang bernaung di bawah MAYC Kawasan Jasin.
.
#PBSDJASIN