MSL FUTSAL JASIN 01

JASIN, 28 Mei 2022 - Kejohanan Futsal Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Jasin yang bermula seawal jam 8.30 pagi di Gelanggang Futsal Ayer Panas bagi Kategori Lelaki dan Gelanggang Alamanda bagi Kategori Wanita.
.
Seramai 260 orang peserta melibatkan penyertaan 20 pasukan Lelaki dan 6 pasukan Wanita bagi merebut kejuaraan di Peringkat Daerah Jasin.
.
Majlis Perasmian dan Gimik Sepak Mula telah disempurnakan oleh Zainal Salam, Penghulu Dun Bemban di Gelanggang Futsal Ayer Panas.
.
Johan Kategori Pasukan Lelaki dan Wanita akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00 beserta Medal yang telah dimenangi Pasukan NJ Futsal dan Pasukan Legend. Manakala Naib Johan membawa pulang hadiah berjumlah RM700.00 dimenangi oleh Pasukan PMM Warriors B dan Project 7. Bagi pemenang tempat Ketiga Bersama setiap kategori memenangi wang tunai berjumlah RM300.00 disandang oleh Pasukan Young Boys dan PMM Warriors A bagi kategori Lelaki dan Pasukan Sahabat FC dan PMM Hornet bagi kategori Wanita.
.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin. Turut mengiringi Mohd Shaffie Mohd Saat, Pengerusi MAYC Jasin dan Kairudin Abdullah, Pengerusi Kelab Futsal Arena Ayer Panas.
.
Pelaksanaan MSL yang bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi gerakan gaya hidup aktif dan sihat di samping mencari bakat baharu. Johan dan Naib Johan bakal beraksi di peringkat Negeri Melaka yang tarikh akan diumumkan kelak.

#PBSDJasin