MERLIMAU, 16 Jun 2022 - Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin Kali Ke-33 telah berjaya diadakan dengan jayanya di Serin Chendana Resort, Merlimau.
.
Mesyuarat dirasmikan oleh YB Tuan VP Shanmugan A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka.
.
Hadir sama YB Datuk Khaidhirah Abu Zahar, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka merangkap ADUN Rim; Muhammad Abdul Hafidz Amin , Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Melaka; Jezlee Pit, Penghulu Dun Merlimau ; Mohd Firdaus Mazlan, Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dan Nurul Haida Mohd Ghazali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.
.
Pemilihan dan lantikan barisan kepimpinan exco bagi Sesi 2022-2024 juga telah diadakan dalam mesyuarat tersebut dengan Khuzaimah Haji Abdullah dilantik sebagai Pengerusi manakala Yusni Abdul Wahab sebagai Timbalan Pengerusi yang baharu.

#PBSDJasin