AYER KEROH, 22 Januari 2020 – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Melaka bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah bersama wakil-wakil pemimpin ARP dan peserta telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Penempatan Peserta ARP Rakan Muda Tahap Emas bertempat di Bilik Perbincangan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.  Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Syahmi Bin Md Lasa mewakili Pegawai PBSD Melaka Tengah yang mana fokus utama perbincangan ini untuk mengenalpasti lokasi penempatan seramai 19 orang peserta ARP Rakan Muda Tahap Emas daripada Daerah Melaka Tengah. Melalui mesyuarat ini, para peserta dan pemimpin ARP sebulat suara bersetuju untuk mengadakan program penempatan di sekitar Daerah Rompin, Pahang pada bulan Mac ini. Semoga segala perancangan dan persiapan program berjalan dengan lancar dan jayanya.