PUTRAJAYA, 10 Mac 2020 - Cadangan pembinaan Kompleks Sukan Jasin mula menampakkan gerak kerja dengan proses pembentangan lakaran pelan bangunan di Mesyuarat Penyelarasan Projek Bil.2/2020 di Kementerian Belia dan Sukan petang tadi.

Dalam mesyuarat tersebut, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali yang mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah mendengar pembentangan oleh pihak arkitek yang bertanggungjawab dengan pembinaan Kompleks Sukan Jasin.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan, Norazli Indzam. Turut hadir wakil daripada pihak arkitek dan konsultan.

Dalam mesyuarat tersebut, Norazli telah membuat teguran dan cadangan bagi menambahbaik pelan bangunan tersebut agar memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.