PUTRAJAYA, 16 Januari 2020 - Cadangan pembinaan Kompleks Sukan Jasin hari ini memasuki fasa baru dengan berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Projek Bil.1/2020 di Kementerian Belia dan Sukan petang tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan, Norazli Indzam telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Noorman Ramlan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali serta wakil daripada pihak arkitek dan konsultan.

Dalam mesyuarat tersebut, Norazli telah menyampaikan taklimat tentang pembinaan kompleks tersebut serta peringatan kepada pihak pemaju berkenaan pematuhan kepada terma dan syarat kerja agar proses pembinaan dapat berjalan mengikut tempoh yang ditetapkan.