MELAKA, 10 Mac 2020 – Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perundingan Belia Negeri Melaka Sidang 1 Penggal Ke-33 Sesi 2019-2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Pengarah JBSNM. Antara Agenda mesyuarat adalah pembentukan Jawatankuasa MPBN Melaka 2020. Selain itu, beberapa kata putus telah dipersetujui di dalam mesyuarat tersebut antaranya adalah Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) akan membentangkan kertas kerja berkaitan pembangunan belia di dalam Negeri Melaka semasa persidangan sedang berlangsung. MPBNg Melaka dijangka akan diadakan pada 24 Mac 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri dan akan dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. JBS Negeri Melaka menggalakkan mana-mana pertubuhan belia untuk memberikan  sebarang usul berkaitan pembangunan belia khususnya di dalam negeri Melaka bagi diangkat ke persidangan tersebut.