MELAKA, 10 Mac 2020 – Mesyuarat Penyelarasan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) yang dipengerusikan oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Pengarah JBSNM.Tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah bagi membincangkan gerak kerja pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Tahun 2020 yang terdiri dari tiga kategori anugerah iaitu Pertubuhan Belia Negeri, Kategori Individu Lelaki dan Kategori Individu Wanita. Selain itu mesyuarat juga sebulat suara bersetuju untuk melantik tiga panel Kategori Individu dan tiga panel bagi Kategori Pertubuhan Belia. Ahli mesyuarat juga sebulat suara bersetuju tarikh tutup penghantaran Profail bagi setiap kategori dianjakan sehingga jam 10.00 pagi pada 11 Mac 2020 (Rabu). Jawatankuasa APBN Melaka 2020 mengalu-alukan dan menggalakkan penyertaan para belia di dalam negeri Melaka untuk bertanding secara sehat di dalam anugerah berprestij ini.