LENDU, MELAKA 7 Januari 2020 –  Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah telah memulakan Tahun 2020 dengan melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah Bil. 1/2020 bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Sodikin Bin Ali, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah. Antara agenda mesyuarat ialah rangkuman laporan pelaksanaan program dan hasil kerja sepanjang tahun 2019 serta perancangan program dan urus tadbir bagi tahun 2020.