JASIN, 13 Mei 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin hari ini kembali membuka operasi pejabat setelah hampir 2 bulan bergerak secara bertugas dari rumah dengan mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pegawai dan Kakitangan Bilangan 3/2020 dengan tumpuan untuk menyelaras gerak kerja norma baru akibat Covid 19. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali antaranya menyentuh amanat Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Noorman Ramlan berhubung garis panduan operasi pejabat dan pergerakan pegawai serta kakitangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Mesyuarat hari ini juga melihat kembali perkara-perkara berbangkit serta tindakan yang telah dan perlu diambil antaranya status keputusan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Melaka yang belum diputuskan pemenangnya, Program Rakan Muda Tadarus Virtual serta laporan gerak kerja aktiviti pertubuhan belia sepanjang 2 bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.