Krubong, 9 Mei 2022 - Telah berlangsung Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Badminton Berpasukan MSL 2022 Peringkat Daerah Melaka Tengah di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, dimana lokasi tersebut juga merupakan lokasi berlangsungnya Kejohanan Badminton Berpasukan MSL 2022 bagi Daerah Melaka Tengah.Taklimat telah disampaikan oleh Puan Kristil Tan Ai Teng daripada Persatuan Badminton Negeri Melaka merangkap Ketua Pengadil bagi Kejohanan Badminton Berpasukan MSL 2022 Peringkat Daerah Melaka Tengah.
Penyertaan kali ini dilihat mendapat sambutan daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, IPTA/IPTS dan dikalangan Pertubuhan Belia di Daerah Melaka Tengah. Di akhir taklimat tersebut, semua ketua pasukan telah melakukan cabutan undi bagi menentukan kedudukan pasukan bagi perlawanan yang akan berlangsung pada 14 Mei 2022 (Sabtu) akan datang. Semua pengurus pasukan berpuasa hati dan jelas dengan taklimat yang telah disampaikan serta memberi kerjasama yg baik sepanjang sesi taklimat berlangsung.