JASIN, 28 November 2019 - Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Daerah Jasin Bil. 2/2019 di Bilik Gerakan Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jasin. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Tuan Low Chee Leong, Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka.

Mesyuarat membincangkan mengenai statistik tahunan kes dadah daerah Jasin, langkah pencegahan dan program yang akan dilaksanakan. Pembentangan laporan turut disampaikan oleh Polis DiRaja Malaysia, Pejabat Kesihatan dan Pejabat Pelajaran.  

Hadir sama, YB Datuk Wong Fort Pin, Adun Kawasan Bemban dan Datuk Anis Ali Hasan, Pegawai Daerah Jasin.