LENDU, 5 Mac –  Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi Sebut Harga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api Di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah telah pun dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, Kompleks Rakan Muda Alor Gajah petang tadi. Mesyuarat ini merupakan satu tindakan awal bagi melancarkan proses pengiklanan sebut harga ini yang akan diiklankan pada masa terdekat bagi menggantikan kontrak sedia ada yang akan tamat pada Bulan Julai 2020. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSNM, Encik Yan Mohd Nor Alif Bin Mohamad Noh.