14 November 2019 – Kolej Antarabangsa Putra dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah melaksanakan Mesyuarat Agung Sekretariat Rakan Muda Kolej Antarabangsa Putra bagi tahun 2019/2020. Seramai 50 orang ahli sekretariat telah hadir mesyuarat tersebut.

Majlis disempurnakan oleh Puan Norazlin binti Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.  Turut hadir Encik Mohd Hazriq bin Abu Zarin mewakili Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta Encik Abdul Hafiz bin Ghauth selaku penasihat Kelab Sekretariat Rakan Muda Kolej Antarabangsa Putra.