4 Jun 2022, Selasa, Masjid Tanah - Telah berlangsung Mesyuarat Agung Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah 2022 kali ke 33 bertempat di Laguna Bidara Resort Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran YB V.P Shanmugam A/L V. Pitchay , Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaaan Negeri Melaka . Beliau turut merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah 2022 kali ke 33 ini. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Muhammad Abdul Hafidz bin Mohd Amin dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Encik Sodikin bin Ali.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah merakamkan ucapan Penghargaan dan Terima Kasih kepada Barisan Kepimpinan Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah bagi sesi 2020-2022 yang diketuai oleh Mantan Pengerusi, Saudara Zaidi bin Tahir, Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Bukhari bin Baharudin serta barisan EXCO dan Ahli Jawatankuasa yang telah bersama-sama menjadi nadi penggerak program pembangunan belia yang dilaksanakan di Daerah Alor Gajah khususnya.
Ucapan sekalung tahniah juga kepada Barisan Kepimpinan Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah bagi sesi 2022-2024 yang baru di terajui oleh Saudara Ahmad Faiz bin Aziz , selaku Pengerusi dan Saudara Muhammad Firdaus bin Johari selaku Timbalan Pengerusi. Semoga terus bersama - sama dalam memacu dan menggerak pembangunan belia negara.

#pbsdag