Ayer Keroh, 5 Jun 2022 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MPAT48) Kali Ke - 48 sesi 2020 - 2022 Tahun 2022, Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah bertempat di Hotel KOBEMAS, MITC Ayer Keroh, Melaka. Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Tuan V.P Shanmugam A/L V.Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka.
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka serta Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baru MGBD Melaka Tengah. Amanah kepimpinan sesuatu tanggungjawab dan kepercayaan besar yang telah diberikan oleh ahli-ahli. Semoga amanah ini ditunaikan dengan sepenuh jiwa demi kebaikan dan perjuangan para belia.
Ucapan penghargaan terima kasih juga kepada barisan kepimpinan Jawatankuasa MGBD Melaka Tengah sesi 2018-2022 yang telah diketuai oleh Saudara Mohd Ismanizam Bin Ismail, selaku Pengerusi MGBD Melaka Tengah atas khidmat bakti terbaik sepanjang menggalas jawatan. Kerjasama padu kepada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah oleh Barisan Jawatankuasa kepimpinan dan ahli ahlinya amat dihargai. Pemimpin yg hebat pasti akan melahirkan lebih ramai lagi barisan pemimpin baru dan berketrampilan.
Turut hadir bersama semasa Majlis Perasmian Mesyuarat, Encik Muhamad Abdul Hafiz Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Pembangunan Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSM), Sdr Zaini Muhamad, Timbalan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), En.Mohd Azizul, Pegawai Pembagunan Sosial, JBSM dan Puan Nurhanani Bt Tarik Pen.Pegawai Belia & Sukan Daerah Melaka Tengah.
Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah

#mgbdmelakatengah