11 Mac 2022, Ayer Keroh - Tahniah dan syabas diucapkan kepada Majlis Belia India Malaysia Cawangan Batu Berendam, yang telah melunaskan tanggungjawab bagi mengadakan Mesyuarat Agong buat kali pertama. Tahniah juga diucapkan kepada barisan kepimpinan dan Jawatankuasa MIYC Cawangan Batu Berendam, Melaka yang telah mengambil inisiatif untuk mengaktifkan kembali persatuan dengan kepimpinan baru di kalangan orang muda dengan pelbagai latarbelakang yang terbaik.

Diharapkan dengan objektif "Giving back to the society", MIYC Cawangan Batu Berendam dapat meneruskan usaha dalam menggerakkan aktiviti pembangunan belia khususnya kepada belia India di Daerah Melaka Tengah serta dapat melatih dan melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan  di kalangan belia India pada masa akan datang.

Terima kasih di atas jemputan bagi merasmikan Mesyuarat Agong MIYC Cawangan Batu Berendam, Melaka buat kali pertama. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Norazlin Bt Sarun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.

Turut hadir ke Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah, Saudara Mohd Ismanizam Ismail dan Saudara Kenneth Wiliiam, Naib Pengerusi MIYC Melaka