PENDIDIKAN KHAS 01

GADEK, 2 Jun 2022 – Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) melalui Sektor Pendidikan Khas, JPNM telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2022 bagi murid berkeperluan pendidikan khas bertempat di Kampung Gadek, Melaka kelolaan bersama SMK Sultan Mansor Shah dan SK Lesong Batu.

Objektif program adalah untuk menyediakan peluang bertanding secara sihat yang berstruktur serta memberi peluang dan ruang kepada murid-murid Low Function di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah-sekolah. Antara ketegori yang dipertandingkan adalah Lelaki Bawah 19 Tahun (6 KM), Perempuan Bawah 19 Tahun, Lelaki Bawah 15 Tahun (4.5 KM), Perempuan Bawah 15 Tahun, Lelaki Bawah 12 Tahun (3.5KM), Perempuan Bawah 12 Tahun (2.5 KM), Lelaki Sindrom Down dan Perempuan Sindrom Down (1.5 KM)

Terdahulu majlis perasmian dan pelepasan kejohanan ini telah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gadek; YB Tuan VP. Shanmugam a/l V. Pitchay. Majlis penutupan Kejohanan pula telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, JPNM; Md. Aziz bin Hj. Lani. Turut sama hadir, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh yang hadir mewakili Pengarah JBS Melaka.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, melalui Unit Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan ingin merakamkan ucapan tahniah di atas penganjuran dan terima kasih jemputan ke kejohanan tersebut.

#BAHAGIANSUKAN