MELAKA, Jumaat 22 Mei 2020 – Program santai kali pertama YB Datuk Mohd Rafiq bin Naizamohidden (Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan) dengan kerjasama JBS Negeri Melaka Program ini merupakan inisiatif YB Exco kepada belia khususnya di Melaka khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2020 yang disambut dalam tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Walaupun negara sedang diuji, YB Exco mahu para belia tetap kekal bersemangat, ceria dan sentiasa tampil dengan idea yang membina bagi mendepani cabaran New Normal yang perlu kita tempuhi bersama. Masak Apa, Bro? Raya Edition membawakan para Chef Belia yang akan memasak bersama YB menu istimewa untuk dikongsi khas buat belia di luar sana. Selamat Mencuba! Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin. Boleh tonton video di - https://www.facebook.com/mohdrafiqofficial/videos/246402139760472/ #DekadIniDekadAnda #StayAtHome #KitaJagaKita #KitaMestiMenang