AYER KEROH, Melaka Jumaat 14 Februari 2020- Hari ini telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan  Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Mesyuarat Pengurusan Pegawai & Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Bilangan 1 Tahun 2020. Majlis ini merupakan Majlis Rasmi Pegawai & Kakitangan bersama Tuan Pengarah Encik Noorman Bin Ramlan. Pada mesyuarat berkenaan tuan pengarah telah menyampaikan amanat beliau kepada semua kakitangan, antara intipati penting yang di sampaikan oleh beliau ialah, beliau mengharapkan agar semua kakitangan mematuhi peraturan dan perkelilingan yang telah diwartakan. Menjaga imej & nama sebagai penjawat awam serta saranan agar bekerja sebagai sebuah pasukan.

Selain itu beliau berharap agar kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka tidak terlibat dengan sebarang salah laku negatif seperti penerimaan rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual di tempat kerja dan isu-isu sensitif integriti sebagai penjawat awam. Pada majlis berkenaan turut diadakan Majlis Penghargaan & Perpisahan untuk Encik Ahmad Syariffuddin Bin Sarmin, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Melaka yang telah menerima kenaikan pangkat dan akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bermula 24 Februari 2020. Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Encik Ahmad Syariffuddin Bin Sarmin.