Gadek, 24 Mac 2022 - Majlis Penyerahan Bantuan Wang Saku Bagi Atlet Para Ping Pong Melaka Ke Gaps Programme – Europe And Asia telah diadakan bertempat di Kompleks Japerun Gadek. Penyerahan bantuan wang saku disampaikan oleh YB. Tuan VP. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Turut hadir, YBrs. Encik Khairul Adri bin Dato' Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, dan YBrs. Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkap ADUN Gadek di atas sumbangan beliau dan tahniah kepada Encik Mohd Razak bin Hamzah, Penggerak Para Ping Pong Negeri Melaka dan Encik Muhammad Naim bin Khalil, atlet Para Ping Pong Negeri Melaka yang telah terpilih mewakili Malaysia ke program tersebut. Diharap melalui program ini, pembangunan sukan Ping Pong Para di Negeri Melaka akan lebih maju.