AYER KEROH, 6 Februari 2020 - Seramai 514 orang remaja dari sekitar Negeri Melaka telah berjaya ditauliahkan sebagai penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak dan Gangsa di Dewan Besar, Kolej Yayasan Saad Melaka. Selain itu, 50 orang Pemimpin dan Mentor ARP juga diberi sijil penghargaan sebagai menghargai jasa mereka yang memimpin para peserta ini hingga berjaya ke tahap perak dan gangsa. Majlis Pentauliahan ini telah dirasmikan oleh YB Kerk Chee Yee, Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir YBhg. Encik Abd Aziz Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Encik Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan YBrs. Encik Tan Cheh Li, Pengetua Kolej Yayasan Saad Melaka. Syabas anak muda Melaka!! Teruskan usaha ke peringkat Anugerah Tahap Emas.