AGM MGBDMT 0
 
AYER KEROH, 14 Mei 2022 - Majlis Gabungan Belia Melaka hari ini selesai melaksanakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-39 yang merupakan tanggungjawab utama bagi setiap pertubuhan belia yang berdaftar sebagaimana digariskan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
 
Mesyuarat yang berlangsung dalam suasana Hari Raya Aidilfitri di Amverton Heritage Resort dekat sini telah dirasmikan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, Yang Berhormat Tuan P. Shanmugam a/l V. Pitchay. 
 
Hadir mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka, Timbalan Pengarah JBS Negeri Melaka, Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin bersama-sama Penolong Pengarah JBS Negeri Melaka, Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh dan para pegawai JBS Negeri Melaka.
 
#BAHAGIANBELIA