MERLIMAU, 19 Jun 2022 - Lebih 100 orang telah menyertai Let's Get Fit Negeri Melaka Siri 8 yang berlangsung di Dataran Orang Kampung sempena Karnival Merlimau Berpeluh. Orang ramai yang terlibat tanpa mengira latar belakang dan bukan sahaja dari Daerah Jasin tetapi juga dari luar turut serta dalam aktiviti senamrobik pagi tadi. Sejurus bersenamrobik, para peserta telah mengambil bahagian dalam acara larian santai sejauh 3 kilometer. Istimewanya sepanjang program berlangsung turut disertai oleh YB Dr Muhamad Akmal Saleh, ADUN Merlimau merangkap EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka.
*
Aktiviti senamrobik telah dibimbing oleh Azizah Ahmad dari AROFIT. Hadiah misteri untuk peserta bertuah telah disampaikan oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali. Turut hadir Timbalan Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka, Zaini Mohamad.

#bahagiansukan