BUKIT SERINDIT, 18 Jun 2022 - Program Let's Get Fit Negeri Melaka yang bermula di penghujung Bulan Syawal, telah pun melabuhkan tirai siri 'terakhirnya' di Taman Rekreasi Bukit Serindit petang tadi. Walaupun berbaki 3 siri lagi, namun buat pengunjung Taman Rekreasi Bukit Serindit, ia merupakan 'pertemuan terakhir' bersama Team JBSNM dan juga Team AROFIT. Walau bagaimana pun aktiviti senamrobik tetap berlangsung dengan meriah dan bersemangat seperti kebiasaannya.
*
Gerak langkah senamrobik yang dibimbing oleh instruktor Siti Mariam Abdulllah yang disulami dengan muzik latar yang rancak diikuti dengan penuh bertenaga oleh lebih 70 orang peserta yang mengambil bahagian. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang bertuah. Semoga Taman Rekreasi Bukit Serindit terus hidup dengan aktiviti-aktiviti kecergasan khususnya senamrobik.

#BAHAGIANSUKAN