TANJUNG TUAN, 11Jun 2022 - Hujan renyai yang bermula seawal jam 7 pagi memberikan suasana segar buat para peserta Let's Get Fit Negeri Melaka bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 di Pusat Biodiversiti Tanjung Tuan, Melaka.
*
Lebih 50 orang dari pelbagai latar belakang telah menyertai aktiviti senamrobik pagi tadi. Walaupun hujan keceriaan tetap terpancar di wajah para peserta yang kelihatan bersemangat melakukan aktiviti sihat ini.
*
Aktiviti senamrobik Let's Get Fit siri 4 pada kali ini dibimbing oleh Mummy Maryam dan pasukannya dari Kelab Kecergasan MARFIT. Turut serta pada sesi tersebut, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka; Khairul Adri Dato' Rosli dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka; Rosli Haji Osman.

#BAHAGIANSUKAN