LETS GET FIT 01

MASJID TANAH, 20 Mei 2022 – Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka melalui Unit Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan telah memulakan jelajah Let’s Get Fit siri pertamanya di Taman Rekreasi Bukit Beringin, Masjid Tanah. Setelah hampir 2 tahun majoriti rakyat Negeri Melaka tidak bersenam beramai-ramai secara fizikal dek kerana situasi pandemik yang menjurus kepada tindakan PKP di seluruh negara, kini para pencinta sukan kecergasan khususnya sukan senamrobik muncul kembali.

Sebagai permulaan seramai 35 orang telah mengambil bahagian pada petang ini. Apa yang menariknya pada program kali ini ialah semua peserta telah bersenamrobik dengan masing-masing berpakaian raya yang bertemakan warna 'maroon'.


Program yang dimulakan dengan Majlis Sambutan Aidilfitri ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Kecergasan Darfit serta Kelab Kecergasan Masjid Tanah (Marfit). Elemen pergerakan seni tari yang lebih santai dan ‘light’ diketengahkan sepanjang aktiviti senamrobik yang dibimbing oleh Mummy Maryam. Turut sama hadir, Pegawai Unit Kecergasan Nasional; Zamzul Qamar Mohd Jamil.

#BAHAGIANSUKAN